AGENSI

KDEBWM kutip sampah dari pintu ke pintu mulai 1 Oktober

27 Sep 2023, 9:36 AM
KDEBWM kutip sampah dari pintu ke pintu mulai 1 Oktober

SHAH ALAM, 7 SEPT: KDEB Waste Management (KDEBWM) akan mengutip sampah pintu ke pintu di seluruh kawasan kampung sekitar Klang bermula 1 Oktober ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan berkata justeru beliau memohon kerjasama penduduk meletakkan tong sampah di hadapan kediaman masing-masing.

"Dengan penyediaan tong sampah ini memudahkan KDEBWM membuat kutipan sampah di premis mengikut jadual ditetapkan.

"Saya harap penduduk boleh memberi kerjasama seiring memastikan bandar Klang bersih dan indah," katanya selepas mesyuarat penuh MPK hari ini.

Menurutnya, taklimat berhubung perkara itu sudah dimaklum kepada penghulu dan ketua kampung pada 23 September lalu di Dewan Hamzah Ibu Pejabat MPK di sini.

"Penyediaan tong sampah ini adalah diwajibkan kepada semua premis. Dasar ini termaktub dalam perkara 6 undang-undang kecil pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap MPK 2007," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619