AGENDA

MB: Kepelbagaian dalam masyarakat mampu jadikan Asia rujukan dunia

25 Sep 2023, 3:39 PM
MB: Kepelbagaian dalam masyarakat mampu jadikan Asia rujukan dunia
MB: Kepelbagaian dalam masyarakat mampu jadikan Asia rujukan dunia

SHAH ALAM, 25 SEPT: Kepelbagaian dalam masyarakat sesebuah negara di Asia menjadi salah satu kekuatan untuk rantau ini bangkit dan menjadi rujukan dunia.

Dato' Menteri Besar berkata Malaysia, Indonesia dan negara Asia lain mempunyai pelbagai latar belakang politik, agama dan budaya namun masih ditadbir dan bekerjasama dengan baik.

"Bukan tidak ada kekasaran tetapi ia tidak jadi perang saudara seperti di Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat.

"Perbezaan mampu menjadi kekuatan kepada rakyat dan juga bangsa kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Forum Kosmopolitan Nusantara di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Paramadina, Jakarta hari ini.

[caption id="attachment_604602" align="alignnone" width="944"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama selepas menyampaikan kuliah umum ketika Program Syarahan Perdana Kosmopolitan Nusantara di Universitas Paramardina, Jakarta pada 25 September 2023. Kuliah umum ini adalah sebahagian dari program lawatan kerja Dato' Menteri Besar di Jakarta untuk menarik pelaburan dan mengembangkan sektor pendidikan dan modal insan Negeri Selangor. Turut serta Rektor Universitas Paramardina, Prof Didik J. Rachbini dan Ketua Program Studi Magister Manajemen Universitas Paramardina, Dr. Ahmad Azmy. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin menambah walaupun negara rantau ini mempunyai pelbagai sistem pentadbiran seperti beraja, demokrasi dan rejim tentera tetapi setiap daripadanya mengamalkan konsep menghormati dan saling memperingati antara satu sama lain.

"Kekuatan itu harus didorong dengan semangat kebersamaan. Dan kebersamaan itu didorong dengan keterbukaan terhadap perbezaan.

"Ini adalah sumber kekuatan yang harus kita bangunkan setelah rantau ini maju," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619