ADN

DUN Subang Jaya bakal perluas kutipan barang kitar semula

25 Sep 2023, 9:35 AM
DUN Subang Jaya bakal perluas kutipan barang kitar semula
DUN Subang Jaya bakal perluas kutipan barang kitar semula

SUBANG JAYA, 25 SEPT: Khidmat pengutipan barangan kitar semula dari kediaman penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya bakal diperluaskan.

Wakil rakyatnya berkata perkara itu diteliti selepas mengambil kira pentingnya tabiat kitar semula selain mendidik individu berhubung pengurusan sampah.

Menurut Michelle Ng Mei Sze, perbincangan dengan KDEB Waste Management (KDEBWM) sudah diadakan baru-baru ini bagi melancarkan operasi berkenaan.

"Kita sudah berbincang dengan KDEBWM dan mereka bersetuju untuk laksanakan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kutipan barangan kitar semula dari kediaman penduduk.

"Manakala, inisiatif dari pejabat DUN pula kita akan uar-uarkan berhubung kaedah pelaksanaannya nanti dalam masa terdekat," katanya pada Jualan Ehsan Rahmah di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

[caption id="attachment_604547" align="alignnone" width="799"] Orang ramai termausk anggota polis tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Subang Jaya di IPD Subang Jaya pada 25 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Michelle turut mencadangkan Kerajaan Negeri menambah peruntukan bagi penambahbaikan infrastruktur menerusi Belanjawan Selangor akan datang.

"Ketika kempen pilihan raya negeri lalu saya banyak menerima maklum balas daripada penduduk setempat yang mahu agar Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada isu infrastruktur.

"Seperti kita sedia maklum Selangor tertubuh lebih 50 tahun dan banyak infrastruktur sudah agak daif dan memerlukan dana khusus untuk dibaik pulih. Saya harap perkara ini diberi tumpuan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619