AGENSI

Bayar balik pembiayaan, usahawan Hijrah berpeluang menang hadiah lebih RM20,000

24 Sep 2023, 1:15 AM
Bayar balik pembiayaan, usahawan Hijrah berpeluang menang hadiah lebih RM20,000

SHAH ALAM, 24 SEPT: Usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berpeluang membawa pulang hadiah lebih RM20,000 menerusi kempen bayar balik.

Yayasan itu memaklumkan kempen mulai 1 Januari hingga 18 Disember terbuka kepada semua usahawan yang masih mempunyai pembiayaan dengan penyertaan secara automatik.

“Pihak penganjur akan membuat pemantauan dari segi bayaran balik usahawan Hijrah secara mingguan atau bulanan melalui sistem IT Hijrah.

“Peserta yang layak menyertai cabutan bertuah diambil berdasarkan usahawan yang membuat bayaran balik secara mingguan atau bulanan secara konsisten tanpa sebarang tunggakan,” maklumnya di Facebook.

Hijrah memaklumkan cabutan mengikut dua kategori iaitu pembiayaan RM30,000 bagi kategori satu ke bawah dan pembiayaan RM31,000 ke atas (kategori dua).

Cabutan kempen menerusi Facebook Live dan Youtube Hijrah dilaksana dalam dua sesi pada 27 Disember bagi kategori satu dan 28 Disember 2023 untuk kategori dua.

Untuk pertanyaan lanjut, usahawan terlibat boleh menghubungi Hijrah di talian 016-912 1692.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619