AGENSI

Lebih 100 pasangan terima manfaat bantuan perkahwinan, kurangkan beban, jimat masa

23 Sep 2023, 2:13 PM
Lebih 100 pasangan terima manfaat bantuan perkahwinan, kurangkan beban, jimat masa
Lebih 100 pasangan terima manfaat bantuan perkahwinan, kurangkan beban, jimat masa

SELAYANG, 23 SEPTEMBER: Lebih 100 pasangan menerima manfaat melalui program Aqdun Mubarak: Memeterai Kontrak Keberkatan Ilahi anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejak 2015.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jais berkata program yang membantu umat Islam menjimatkan perbelanjaan perkahwinan itu memperuntukkan RM36,000 setiap kali dianjurkan.

"Setiap pasangan hanya mengeluarkan kos minimum RM2,000, manakala belanja keseluruhan majlis ditanggung Kerajaan Negeri termasuk melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Negeri Selangor.

“Program tahunan ini membantu meringankan beban pasangan terutama mengurangkan belanja pengurusan majlis selain menjimatkan masa," kata Salwana Ahmad Dahlan.

Beliau berkata dalam program hari ini bagi Zon 2, ia melibatkan sembilan pasangan dari daerah Gombak, Hulu Selangor, Petaling dan ia diadakan di Masjid Perodua Bandar Serendah.

[caption id="attachment_604272" align="aligncenter" width="812"]
Pasangan pengantin pada majlis akad nikah dalam program Aqdun Mubarak Zon 2 di Masjid Perodua, Bandar Serendah pada 23 September 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI[/caption]

Katanya pada 19 Ogos lalu, tujuh pasangan pengantin menyertai program di Zon 1 iaitu membabitkan Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Seterusnya di Zon 3 kawasan daerah Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijadual berlangsung 14 Oktober di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras,” katanya.

Salwana berkata pasangan yang berminat menyertai program itu boleh membuat permohonan dengan hadir ke pejabat Jais atau Pejabat Agama Islam Daerah dan setiap permohonan akan diteliti serta memenuhi syarat ditetapkan atau sebaliknya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619