AGENDA

Pemandu treler rempuh 13 kenderaan didakwa Isnin ini

23 Sep 2023, 5:39 AM
Pemandu treler rempuh 13 kenderaan didakwa Isnin ini

PUTRAJAYA, 23 SEPT: Pemandu treler yang merempuh 13 kenderaan lain dalam kemalangan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, akan didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Reman dilanjutkan dua hari untuk OKT (Orang Kena Tuduh) terus dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pemandu berkenaan direman empat hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira 10.14 pagi Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh individu cedera apabila sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Persiaran Utara, dekat sini.

Kejadian berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berhenti untuk memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi(LTDL) di lokasi kejadian.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619