AGENDA

Murid darjah satu ditampar guru kerana tuduh rakan curi surat

23 Sep 2023, 2:02 AM
Murid darjah satu ditampar guru kerana tuduh rakan curi surat

SHAH ALAM, 23 SEPT: Seorang murid darjah satu di sebuah sekolah di Kampung Jawa, Klang ditampar guru selepas menuduh rakannya mencuri surat pemberitahuan hari sukan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan berkata pihaknya membuka kertas siasatan selepas ibu kanak-kanak terbabit membuat laporan pada 19 September manakala kejadian berlaku pada 5.50 petang 18 September, lapor Harian Metro.

"Seorang guru wanita bertanya kepada semua murid berkenaan surat pemberitahuan hari sukan. Anak pengadu beritahu suratnya hilang dipercayai dicuri rakan.

"Guru itu menjalankan pemeriksaan dan mendapati surat berkenaan tidak hilang sebaliknya berada dalam beg sekolahnya.

"Guru terbabit kemudian menegur anak pengadu supaya jangan menuduh orang lain tanpa bukti kukuh lalu menampar pipi kiri murid itu," kata Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

Beliau menambah akibat kejadian itu pipi murid berkenaan kemerahan dan bengkak dan pihaknya akan merakam keterangan guru terbabit dan saksi yang boleh membantu siasatan.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619