AGENDA

Kerajaan dicadang tingkat peruntukan baik pulih, selenggara jalan persekutuan

21 Sep 2023, 10:14 AM
Kerajaan dicadang tingkat peruntukan baik pulih, selenggara jalan persekutuan

SHAH ALAM, 21 SEPT: Kerajaan dicadang meningkatkan peruntukan tahunan bagi penyelenggaraan dan naik taraf jalan persekutuan negeri ini kepada RM800 juta.

Dato' Menteri Besar berkata dana daripada Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) yang diperoleh sekitar RM400 hingga RM600 juta setiap tahun tidak cukup untuk menampung kos pembaikan jalan khususnya di kawasan perindustrian.

"Kita berdepan isu kualiti beberapa jalan persekutuan bermasalah dan peruntukan tahunan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) agak rendah terutama dalam mengurus jalan utama melibatkan kawasan perindustrian.

"Aduan paling besar biasanya datang dari Klang melibatkan jalan ke Pelabuhan Klang di Pulau Indah. Justeru kita minta peruntukan penyelenggaraan tahunan ditingkatkan," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong ke Selangor di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Pada 21 Julai Amirudin memaklumkan pentadbiran negeri menerusi Infrasel berjaya menyelesaikan lebih 80 peratus masalah jalan raya rosak di Selangor menerusi turapan mega.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan kerja turapan jalan rosak dilaksana di sembilan daerah meliputi jarak 94.9km, bermula Jun.

Projek melibatkan 118 jalan merangkumi jalan pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta pejabat daerah dan tanah (PDT).

Jalan terlibat meliputi 66 di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619