AGENDA

Pemandu treler direman empat hari bantu siasatan

21 Sep 2023, 4:31 AM
Pemandu treler direman empat hari bantu siasatan

PUTRAJAYA, 21 SEPT: Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kemalangan 10.15 pagi itu, yang melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz semalam berkata dua mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan kakitangan Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja Mahkamah Ampang.

A Asmadi semalam turut meminta pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kemalangan tersebut agar membantu siasatan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619