EXCO

Negeri sedia khidmat kaunseling bantu mangsa ribut urus trauma

20 Sep 2023, 10:30 AM
Negeri sedia khidmat kaunseling bantu mangsa ribut urus trauma
Negeri sedia khidmat kaunseling bantu mangsa ribut urus trauma

HULU LANGAT, 20 SEPT: Kerajaan Negeri menyediakan khidmat kaunseling bagi membantu mangsa ribut di Beranang mengurus tekanan dan trauma.

EXCO kebajikan masyarakat berkata khidmat psikososial dikendali Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor di pusat pemindahan sementara (PPS) Surau Tengah Kampung Sesapan Batu Rembau di sini.

Anfaal Saari menjelaskan tempoh 24 hingga 48 jam pascabencana merupakan waktu kritikal berikutan ada mangsa yang mengalami trauma selepas kediaman mereka rosak teruk selain pendapatan terjejas.

"Kita perlu tangani dengan baik memandangkan sebahagian besar mangsa tiada pekerjaan tetap sebaliknya hanya bekerja sendiri serta berniaga makanan.

"Begitu juga anak-anak yang masih bersekolah. Jadi kita bantu sediakan khidmat kaunseling di sini," katanya ketika ditemui.

[caption id="attachment_603763" align="aligncenter" width="719"] EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi dan EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menzirahi mangsa ribut yang berteduh di pusat pemindahan sementara Surau Tengah Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, Hulu Langat pada 20 September 2023. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Anfaal bersama EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi menziarah 43 mangsa membabitkan 10 keluarga yang berteduh di PPS terbabit sejak malam tadi.

Kira-kira 7 petang semalam, Beranang dilanda ribut hingga menjejaskan 96 kediaman penduduk membabitkan 370 mangsa.

Mereka terdiri dari Kampung Paya Tanjung, Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Kampung Sungai Jai, Taman PKNS Beranang dan Kampung Sesapan Batu Rembau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619