AGENDA

Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya Sudan

17 Sep 2023, 4:26 AM
Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya Sudan

PUTRAJAYA, 17 SEPT: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menganjurkan solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini bagi mendoakan kesejahteraan buat mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya, serta pendamaian dalam konflik di Sudan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melaksanakan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan oleh agensi media tempatan dan antarabangsa berkenaan tragedi gempa bumi di Maghribi, banjir besar yang melanda Libya termasuk konflik di Sudan.

"Saya dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah buat semua mangsa dan seluruh ahli keluarga serta mendoakan kemudahan dan kelancaran bagi urusan mencari dan menyelamat mangsa khususnya di Maghribi dan Libya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na'im seterusnya menyeru umat Islam untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat seluruh rakyat Maghribi dan Libya serta menghulurkan apa juga bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa yang menghadapi ujian susulan bencana tersebut.

"Selain itu, kita juga berdoa supaya segala usaha perdamaian akan berjaya menyelesaikan konflik yang meletus di Sudan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619