EXCO

EXCO: Guna agama pecah belah perpaduan tidak wajar, rujuk saluran betul

17 Sep 2023, 2:18 AM
EXCO: Guna agama pecah belah perpaduan tidak wajar, rujuk saluran betul
EXCO: Guna agama pecah belah perpaduan tidak wajar, rujuk saluran betul

SHAH ALAM, 17 SEPT: Rakyat negeri ini dinasihatkan merujuk saluran betul sebelum berhujah menggunakan nama agama.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah menegaskan perbuatan menggunakan nama agama bagi memecah belah perpaduan sangat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

“Semalam (kelmarin) khutbah Jumaat menyebut soal fatwa dan yang mana (fatwa) harus diikuti oleh rakyat. Di Selangor kita ada saluran rasmi (Jabatan Mufti).

“Rujuklah saluran rasmi untuk kefahaman kepada agama Islam sebenar. Islam agama untuk semua dan agama yang benar, jadi tidak perlulah guna agama untuk tujuan pecah belah (perpaduan),” katanya.

[caption id="attachment_602900" align="alignleft" width="475"] EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berucap ketika majlis penutup Konvensyen Merealisasi Khaira Ummah Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 14 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Masyarakat Majmuk: ‘Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih' anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Dewan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Beliau turut menjelaskan kejayaan Islam dikembangkan ke seluruh dunia kerana sikap hormat-menghormati antara kaum selain penyatuan dalam kalangan umat Islam.

“Kesatuan ini yang membuatkan Islam itu berjaya dikembangkan ke seluruh dunia dan berjaya daripada sudut ekonomi, politik dan sosial,” katanya.

Pada 12 September, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru pemimpin politik supaya tidak memperalat agama bagi meraih sokongan dengan memangsakan rakyat untuk kepentingan diri.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga menegaskan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab perlu dihentikan demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619