AGENSI

Pegawai, pentadbir didapati pecah belah umat Islam berdepan tindakan Jais

16 Sep 2023, 1:20 AM
Pegawai, pentadbir didapati pecah belah umat Islam berdepan tindakan Jais
Pegawai, pentadbir didapati pecah belah umat Islam berdepan tindakan Jais

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya jika terbabit dalam aktiviti memecahbelahkan umat Islam.

Perkara itu ditegaskan Pengarahnya Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad terhadap pentadbir masjid dan surau, pemegang tauliah mengajar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serta guru agama negeri ini.

“Saya ingin tekankan bahawa Jais akan berusaha memastikan pihak berkaitan tidak terlibat dalam (aktiviti) menyemarakkan perpecahan dan mencetus percakaran sesama umat Islam di Selangor.

"Jika terlibat, tindakan tegas akan diambil,” katanya ketika dihubungi Selangorkini semalam.

Pada 12 September Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru semua pemimpin politik khasnya senior dan veteran supaya mengelak daripada memecahbelahkan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah pemimpin perlu menanam dan memupuk semangat perpaduan erat dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama demi kesejahteraan negara.

Shahzihan turut mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu taksub dengan mana-mana parti politik selain mengelak melempar fitnah kerana dikhuatiri menggugat perpaduan kaum.

[caption id="attachment_590656" align="aligncenter" width="773"] Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad ditemui di pejabatnya di Shah Alam pada 23 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau menjelaskan Baginda sangat murka dan dukacita dengan tingkah laku umat Islam hari ini sepanjang pertemuan baru-baru ini.

“Islam menegaskan supaya kita menghadapi kemelut akhir zaman dengan cara tidak menyebelahi atau menentang mana-mana pihak.

“Kalau jadi netizen yang buat ulasan mengikut selera dan ketaksuban kita, masyarakat akan berpecah-belah. Jauh lebih baik kita diam, jaga mulut dan lisan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619