PBT

MBPJ anjur acara larian, sukan rakyat sempena sambutan Hari Malaysia esok

15 Sep 2023, 6:30 AM
MBPJ anjur acara larian, sukan rakyat sempena sambutan Hari Malaysia esok
MBPJ anjur acara larian, sukan rakyat sempena sambutan Hari Malaysia esok

SHAH ALAM, 15 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Fun Walk Perpaduan di Taman Bandaran Kelana Jaya sempena sambutan Hari Malaysia esok.

MBPJ menerusi Facebook memaklumkan penyertaan adalah percuma dan peserta digalakkan memakai pakaian tradisi mengikut pegangan agama, bangsa dan etnik masing-masing.

"Orang ramai yang berminat boleh datang dan daftar secara terus ke lokasi esok seawal jam 7 pagi sebelum pelepasan larian bermula jam 8 pagi.

"Jom sertai kami, pakaian yang tercantik dan mengikut tema juga berpeluang memenangi hadiah menarik dari kami," maklum pihak berkuasa tempatan itu.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan antaranya pertandingan peragaan pakaian kanak-kanak, pakaian komuniti dan karaoke orang kelainan upaya (OKU).

Pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan antaranya termasuklah urutan kaki dari OKU, saringan kesihatan, sukan rakyat dan soopa doopa.

Sebarang pertanyaaan atau maklumat lanjut boleh hubungi urusetia program menerusi talian 03-7956 0203/0206.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619