AGENDA

Isteri kerap jadi mangsa keganasan rumah tangga, suami tidak terkecuali

13 Sep 2023, 7:47 AM
Isteri kerap jadi mangsa keganasan rumah tangga, suami tidak terkecuali

SHAH ALAM, 13 SEPT: Golongan wanita di negeri ini kerap menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan 352 kes dilaporkan antara Januari hingga Ogos lalu, maklum ketua polis Selangor.

Menurut Datuk Hussien Omar Khan, kes turut membabitkan adik-beradik dengan 177 kes sementara keganasan terhadap suami pula sebanyak 121 kes, lapor Berita Harian.

"Selain itu, terdapat juga mangsa kes keganasan rumah tangga membabitkan bekas suami, bekas isteri, madu, ipar, menantu dan sepupu," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Beliau menjelaskan jenis kesalahan keganasan rumah tangga paling banyak dilaporkan ialah mendatangkan kecederaan iaitu 593 kes, ugutan (153 kes) dan khianat (49 kes).

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 813 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri itu dalam tempoh lapan bulan sejak Januari, dengan Gombak paling tinggi iaitu 147 kes.

"Daerah yang mencatatkan kes terendah adalah Shah Alam (21 kes), Sabak Bernam (25 kes) dan Sungai Buloh (26 kes)," kata Hussien Omar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619