AGENSI

Insentif yuran daftar taska, Yawas terima lebih 300 permohonan

13 Sep 2023, 4:54 AM
Insentif yuran daftar taska, Yawas terima lebih 300 permohonan

SHAH ALAM, 13 SEPT: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima sebanyak 305 permohonan insentif Yuran Pendaftaran Taska (Pintas) sejak dibuka bermula 1 September lalu.

Penolong Pengurus Komunikasi Korporatnya Sharizan Mohd Shariff berkata semua permohonan itu akan diproses dalam tempoh dua minggu daripada tarikh penghantaran borang.

“Insentif Pintas sekali bayar bernilai RM100 boleh dimohon ibu bapa yang berpendapatan isi rumah antara RM5,001 hingga RM8,000 bagi membantu mengurangkan tanggungan ibu bapa yang bekerjaya.

“Mereka yang berkelayakan disaran tidak lepaskan peluang untuk membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan pintas.yawas.com.my ,” katanya dihubungi SelangorKini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2023 mengumumkan bantuan sekali bayar RM100 kepada ibu bapa yang memiliki anak berusia empat tahun ke bawah untuk kemasukan ke taska atau nurseri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif pendaftaran tahunan untuk golongan berpendapatan sederhana (M40) membabitkan dana keseluruhan RM500,000.

Insentif kelolaan Yawas itu terhad kepada dua anak usia bawah empat tahun untuk satu keluarga serta bukan penerima bantuan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) selain Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Selangor.

Antara syarat lain ialah pemohon dalam kalangan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia, pengundi Selangor, menetap di negeri ini dan sedang bekerja.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian perlu menyertakan beberapa dokumen dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran.

Dokumen perlu dimuat naik seperti berikut:

  • salinan sijil kelahiran anak
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan daftar pengundi
  • salinan penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  • salinan akaun bank
  • salinan surat akuan berkanun atau sijil anak angkat
  • salinan resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan 2023

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619