AGENSI

Mohon tambah subsidi, lebih ramai rakyat peroleh manfaat jualan murah

12 Sep 2023, 9:36 AM
Mohon tambah subsidi, lebih ramai rakyat peroleh manfaat jualan murah
Mohon tambah subsidi, lebih ramai rakyat peroleh manfaat jualan murah

SHAH ALAM, 12 SEPT: Kerajaan Negeri dimohon pertimbang menambah subsidi bagi barangan di Jelajah Ehsan Rahmah (JER) pada masa akan datang.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam Mohd Firdaus Mokhtar berkata ia berikutan rakyat ternanti-nanti jualan murah itu yang tidak boleh didapati di mana-mana negeri.

"Kerajaan Selangor ada 46 inisiatif tetapi JER antara yang paling dekat di hati rakyat kerana barangan yang ditawarkan amat berpatutan.

"Justeru, saya mohon Kerajaan Negeri pertimbang tambah subsidi dan pelbagaikan lagi barangan supaya lebih ramai rakyat dapat manfaat ini," katanya.

[caption id="attachment_602616" align="alignleft" width="438"]
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Mohd Firdaus Mokhtar ditemui di Jelajah Ehsan Rahmah (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada 12 September 2023. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

Beliau yang ditemui di JER Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di sini hari ini berkata sebanyak 11 kali jualan murah dianjurkan di DUN itu sejak 2020 dan sambutan penduduk sangat menggalakkan.

"Kami di peringkat ahli majlis sediakan logistik kepada pengunjung dan pihak PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) hanya datangkan produk jualan.

"Hari ini kita menggunakan sistem nombor dan Alhamdulillah jualan murah ini sering mendapat permintaan tinggi daripada penduduk," katanya.

Jualan murah ini adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619