AGENDA

Dana besar wujudkan peluang kerja, noktah miskin tegar tahun ini

11 Sep 2023, 6:22 AM
Dana besar wujudkan peluang kerja, noktah miskin tegar tahun ini

SHAH ALAM, 11 SEPT: Kerajaan persekutuan mengulangi azam untuk menamatkan kemiskninan tegar pada tahun ini menerusi pelbagai peluang pekerjaan dan pengukuhan perlindungan sosial.

Bagi mencapai hasrat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejumlah RM1.5 bilion diluluskan untuk menggerakkan projek yang membantu golongan sasar menjana pendapatan.

"Demi menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhan, kerajaan berikrar untuk menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga tanpa mengira etnik mahupun keberadaan mereka di bandar, desa dan pedalaman," katanya.

Dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen hari ini, beliau berkata kerajaan masih bertungkus-lumus menyelamatkan hampir 114,000 keluarga miskin tegar.

Anwar menambah pelbagai inisiatif pembasmian kemiskinan diperkenal seperti program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli.

Jelasnya, kerajaan juga melaksanakan Program Khas Bumiputera Sarawak dan Program Khas Anak Negeri Sabah untuk meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

"Bagi etnik Cina dan India yang berpendapatan rendah, beberapa inisiatif akan terus dilaksanakan di Kampung Baru Cina dan sebagaimana dalam Malaysian Indian Blueprint," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619