AGENDA

Lebih 100,000 rumah mampu milik dibina dalam separuh penggal RMK12

11 Sep 2023, 4:12 AM
Lebih 100,000 rumah mampu milik dibina dalam separuh penggal RMK12

SHAH ALAM, 11 SEPT: Sebanyak 108,373 unit rumah mampu milik dibina sehingga hujung tahun lalu menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), maklum perdana menteri.

Berikutan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sasaran untuk membina 500,000 unit rumah mampu tercapai dengan pembabitan sektor awam dan swasta, lapor Berita Harian.

"Dalam soal perumahan, kerajaan sentiasa cakna dan menjadikannya agenda utama yang tidak boleh dikompromi. Kita sedar harga rumah dan kadar sewa yang meningkat membebankan rakyat," katanya.

Dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12 di Parlimen hari ini, beliau berkata anjakan utama perumahan rakyat akan terus ditambah baik untuk mewujudkan tempat tinggal selamat dan selesa.

Anwar berkata Skim Sewa untuk Beli juga akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai memiliki rumah selain inisiatif tempat tinggal secara sewaan kepada golongan kurang berkemampuan di bandar.

"Projek rintis 800 unit Perumahan Inklusif Madani akan dibangunkan untuk golongan sasar di bandar utama seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

"Selain itu, tumpuan juga akan diberikan untuk meneroka potensi perkampungan persaraan yang inklusif bagi persediaan menghadapi impak negara menua," katanya yang juga menteri kewangan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619