AGENDA

ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1, laluan kontra diaktifkan

10 Sep 2023, 12:42 PM
ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1, laluan kontra diaktifkan

KUANTAN, 10 SEPT: Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, ANIH Berhad menutup lorong kecemasan dan kiri laluan itu dan mengaktifkan laluan kontra dari KM116.5 hingga KM119.4.

"Pengguna dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan patuhi papan tanda serta arahan petugas di lokasi," menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi ANIH Berhad hari ini.

Difahamkan mendapan itu disedari berlaku pada pagi ini, dengan punca masih dalam siasatan.

Mendapan itu bagaimanapun tidak menyebabkan insiden tidak diingini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619