AGENDA

Pesta buah Selangor meriah, lebih 5,000 pengunjung sertai

10 Sep 2023, 9:30 AM
Pesta buah Selangor meriah, lebih 5,000 pengunjung sertai
Pesta buah Selangor meriah, lebih 5,000 pengunjung sertai
Pesta buah Selangor meriah, lebih 5,000 pengunjung sertai

SHAH ALAM, 10 SEPT: Pesta Buah-Buahan Tempatan Selangor yang berlangsung di SACC Mall, di sini meriah apabila lebih 5,000 pengunjung menyertainya sejak semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bekalan buah-buahan yang dibawa peniaga juga habis awal selepas mendapat permintaan tinggi dari orang ramai.

“Produk jualan untuk hari ini sudah habis sejak semalam menyebabkan mereka terpaksa menambah buah baharu bagi menampung keperluan ramai.

[caption id="attachment_602243" align="aligncenter" width="622"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad mencuba mencantum mata tunas durian ketika mengunjungi Pesta Buah-buahan Tempatan Negeri Selangor 2023 di SACC Mall pada 10 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Ini penganjuran pertama yang dibuat di pusat beli-belah. Inisiatif ini dapat menarik lebih ramai pengunjung. Selalunya program dianjur di kebun seperti Selangor Fruit Valley,” katanya ketika melawat program berkenaan hari ini.

Terdahulu beliau meluang masa melawat reruai dan tapak pameran selain menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mengupas dan makan buah nanas.

Amirudin dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad turut berpeluang mengahwinkan pokok durian menerusi kaedah cantuman baji.

Sepanjang dua hari berlangsung, pesta bermula 10 pagi hingga 10 malam itu menyediakan pelbagai program menarik antaranya kenal dan makan buah, kupas nangka dan teka berat buah.

Dianjurkan bersama Unit Perancang Ekonomi Selangor sempena Jelajah Agro Selangor, program turut menawarkan 3,000 kupon percuma bernilai RM20 untuk pengunjung terawal.

[caption id="attachment_602241" align="aligncenter" width="599"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat pelbagai jenis buah ketika mengunjungi Pesta Buah-buahan Tempatan Negeri Selangor 2023 di SACC Mall pada 10 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619