PBT

MBSA minta JPS periksa dua kolam takungan, elak bah jika hujan lebat

10 Sep 2023, 7:36 AM
MBSA minta JPS periksa dua kolam takungan, elak bah jika hujan lebat
MBSA minta JPS periksa dua kolam takungan, elak bah jika hujan lebat
MBSA minta JPS periksa dua kolam takungan, elak bah jika hujan lebat

SHAH ALAM, 10 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor memeriksa dua kolam takungan bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi mengelak bah.

Timbalan Datuk Bandarnya Cheremi Tarman mahu kolam takungan di Ara Damansara dan Taman Saujana Indah, TTDI Jaya di sini yang dibina sejak 2006 berfungsi dengan baik bagi menampung air ketika hujan lebat.

“Kita minta bantuan JPS untuk tengok balik dua kolam besar itu supaya ia boleh berfungsi memandangkan sewaktu hujan lebat air akan masuk ke kolam terbabit.

“Sepatutnya kolam terbabit untuk tampung lebihan air supaya tidak mengalir ke bahagian hilir. Misalnya jika hujan berlaku di Kota Damansara, air di sana akan bertakung di kolam takungan itu,” katanya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini hari ini.

[caption id="attachment_602197" align="aligncenter" width="811"] Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman (tengah) melakukan gimik pelancaran TNBES Safety Week sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 September 2023. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

Ditemui pada program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Cheremi memberitahu sebahagian projek mengatasi bah sedang berjalan bawah Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) meliputi pelebaran dan penggantian parit di Taman Sri Muda, Seksyen 25.

Beliau turut memaklumkan perancangan meningkatkan kapasiti pam di Taman Sri Muda selain meninggikan ban sepanjang Sungai Damansara dan Stadium Shah Alam.

“Sehingga kini, apa yang dirancang sudah kita laksanakan sebahagiannya dan ada juga projek dalam fasa terakhir untuk diiklankan serta menunggu lantikan kontraktor.

“Pelarasan akan dibuat antara MBSA dan JPS supaya kerja berjalan mengikut jadual bagi mengurangkan kesan banjir,” katanya lagi.

[caption id="attachment_554625" align="aligncenter" width="762"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim (tiga dari kanan) melakukan gimik pecah tanah cadangan membina rumah pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam untuk Majlis Bandaraya Shah Alam pada Majlis Pecah Tanah Projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) di Taman Sri Muda, Shah Alam. pada 9 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 9 Disember lalu, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan MBSA menjadi PBT pertama di negara ini melaksanakan pelan bersepadu projek tebatan banjir menerusi menerusi Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD).

Fasa pertama SASuD merangkumi 30 projek dan fasa dua meliputi 19 projek yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dengan empat projek dimulakan di Taman Sri Muda.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619