PBT

Skuad pantas MBPJ potong pokok hempap kereta, bumbung rumah

8 Sep 2023, 6:10 AM
Skuad pantas MBPJ potong pokok hempap kereta, bumbung rumah
Skuad pantas MBPJ potong pokok hempap kereta, bumbung rumah

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 8 SEPT: Skuad Pantas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melakukan kerja pemotongan dan pengalihan pokok yang menghempap sebuah kereta serta bumbung rumah di Jalan Nuri 7/19C, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Tujuh petugas Skuad Pantas dikerahkan ke lokasi sebaik menerima aduan jam 4.15 petang berkenaan pokok besar menghempap kereta Honda City dan bumbung kediaman.

 

[caption id="attachment_601828" align="aligncenter" width="767"] Bumbung sebuah rumah dan kereta Honda City yang diparkir di Jalan Nuri 7/19C, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dihempap pokok dalam kejadian 7 September 2023. Foto Facebook MBPJ[/caption]

Kenderaan terlibat mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat insiden.

Sebaik kerja pemotongan selesai, ia diserahkan kepada pihak pembersihan untuk tindakan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619