AGENSI

Infrasel teruskan kerja turap jalan mega di Hulu Langat, Hulu Selangor

7 Sep 2023, 3:40 AM
Infrasel teruskan kerja turap jalan mega di Hulu Langat, Hulu Selangor
Infrasel teruskan kerja turap jalan mega di Hulu Langat, Hulu Selangor

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 7 SEPT: Projek turapan mega yang giat dilaksana di seluruh negeri sejak Mei lalu diteruskan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) di daerah Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu berkata kerja baik pulih jalan dilakukan di laluan Jalan Broga, Semenyih, daerah Hulu Langat malam tadi.

Sementara kerja baik pulih dan turapan jalan selesai dijalankan di Jalan Estet Sungai Gapi, daerah Hulu Selangor 5 September lalu.

“Kerja baik pulih dan kesulitan pada hari ini keselesaan buat semua,” katanya ringkas di laman X.

[caption id="attachment_601634" align="aligncenter" width="811"] Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menurap Jalan Estet Sungai Gapi, Hulu Selangor pada 5 September 2023. Foto X Infrasel[/caption]

Infrasel sebelum ini melaksanakan beberapa projek baik pulih jalan di daerah Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.

Pada 22 Ogos lalu, Eksekutif Operasi Infrasel Abdullah Hanif Abd Ghalib memaklumkan pelaksanaan 93 projek baik pulih jalan secara besar-besaran di seluruh negeri sudah mencapai 86 peratus.

Katanya pembaikan jalan menerusi Projek Turapan Mega dengan kos RM50 juta dijangka selesai bulan ini dengan keutamaan jalan yang perlu dibaiki turut mengambil kira aduan orang awam.

Pada 9 Julai, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan projek turapan melibatkan 118 jalan merangkumi jalan pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pejabat daerah dan tanah (PDT).

Jalan terlibat meliputi 66 di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (8).

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek berskala besar dengan dana RM50 juta bagi memastikan jalan raya negeri berada dalam keadaan baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619