PBT

MPAJ promosi pelancongan bersejarah di Ampang, alu-alukan perkongsian bahan, sumber

6 Sep 2023, 9:00 AM
MPAJ promosi pelancongan bersejarah di Ampang, alu-alukan perkongsian bahan, sumber

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 6 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengalu-alukan masyarakat untuk berkongsi sebarang bahan atau sumber yang boleh digunakan bagi mempromosi lokasi pelancongan bersejarah di Ampang.

Unit Pelancongan, Pendidikan dan Wanita, Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskapnya kini dalam usaha mendapat dan mengumpulkan gambar lama, peralatan dan artifak berkaitan sejarah Ampang.

"Pihak MPAJ membuka peluang serta bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan mana-mana pihak atau individu yang ingin berkongsi berkaitan perkara tersebut," menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Untuk sebarang maklumat, orang ramai boleh hubungi MPAJ ditalian 012-627 7210 (Kamil) dan 010-534 3292 (Hanim).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619