AGENDA

Konvoi Kembara Kenali Borneo menuju Kota Kinabalu pada hari keempat

6 Sep 2023, 1:10 AM
Konvoi Kembara Kenali Borneo menuju Kota Kinabalu pada hari keempat

KUNDASANG, 6 SEPT: Kembara Kenali Borneo pada hari keempat dijadual meneruskan perjalanan dari Kundasang dalam daerah Ranau menuju ke Kota Kinabalu, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual singgah di Pekan Nabalu di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Di ibu negeri Sabah itu, Al-Sultan Abdullah dijadual merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, sementara Tunku Azizah dijadual melawat Jabatan Penjara.

Seri Paduka berdua kemudian dijadual menghadiri Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu sebelum mengakhiri hari keempat jelajah berkenaan.

Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619