AGENDA

Mydin hulur baucar RM10,000, ringankan beban 20 penjaja sekitar Lembah Klang

5 Sep 2023, 4:30 AM
Mydin hulur baucar RM10,000, ringankan beban 20 penjaja sekitar Lembah Klang

SHAH ALAM, 5 SEPT: Seramai 20 penjaja sekitar Lembah Klang menerima baucar RM500 sumbangan Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi insiatif Mydin Prihatin.

Pengarah urusannya berkata program yang bertujuan meringankan kos operasi penjaja dianjuran sempena Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Mydin pernah bermula di kaki lima sebagai penjaja kecil, sudah tentu kami memahami bebanan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu pihak kami tampil menghulurkan bantuan baucar tunai ini.

“Saya berharap orang ramai turut membantu perniagaan mereka dengan membeli barangan jualan peniaga kecil yang akan membuat mereka lebih bersemangat untuk berniaga,” kata Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan Mydin Prihatin adalah sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat  syarikatnya bagi membantu golongan memerlukan seperi asnaf, rumah kebajikan berdaftar dan insan yang memerlukan.

Dalam kenyataan sama peniaga pisang goreng Halimah Kassim berkata sumbangan berkenaan amat membantunya mendapatkan bekalan mentah bagi meneruskan operasi perniagaanya.

“Bebanan perniagaan akibat kenaikan harga kos operasi akibat bekalan barang mentah menyebabkan keuntungan hasil niaga untuk tampung perbelanjaan harian sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penerima baucer Herman Munir menyifatkan pemberian baucar itu membantunya untuk terus bangkit memulihkan semula operasi perniagaan yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah keadaan perniagaan semakin pulih dengan bantuan baucar ini dapat ringankan beban kos operasi perniagaan saya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619