AGENSI

Kemas kini maklumat ahli Tawas untuk bantuan masuk sekolah

5 Sep 2023, 4:02 AM
Kemas kini maklumat ahli Tawas untuk bantuan masuk sekolah

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 5 SEPT: Ibu bapa atau penjaga kepada ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang bakal memasuki darjah satu tahun depan diminta mengemas kini maklumat untuk agihan bantuan.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan kemas kini perlu dibuat selewat-lewatnya 16 Oktober untuk membolehkan ahli menerima panggilan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS).

"Perhatian kepada ibu bapa atau penjaga ahli Tawas kelahiran 2017 yang akan bersekolah ke darjah satu tahun 2024, sila kemas kini segera maklumat anda di https://tawas.yawas.my/login.php.

"Ini bagi mengelakkan anak anda terlepas panggilan PMBS Tawas yang akan diadakan tidak lama lagi," kata agensi berkenaan di Facebook hari ini.

Tawas dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli akan menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619