BERITA UTAMA

MBSA sasar capai status bandar raya mesra pengangkutan menjelang 2035

5 Sep 2023, 1:00 AM
MBSA sasar capai status bandar raya mesra pengangkutan menjelang 2035
MBSA sasar capai status bandar raya mesra pengangkutan menjelang 2035

SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mencapai status bandar raya mesra pengangkutan menjelang 2035.

Datuk Bandar Shah Alam berkata antara inisiatif yang diambil termasuklah menyediakan ruangan penggunaan kenderaan mikromobiliti sepanjang 2,000 km di jalan perbandaran.

“Kita galakkan penggunaan kenderaan mikromobiliti sebagai trend pengguna jalan raya. (Setakat ini), 500km jalan selesai lalui proses kecerdasan buatan (AI) sebagai ujian pelaksanaan.

“Sasaran kumpulan utama untuk penggunaan mikromobiliti adalah warga emas memandangkan jumlah populasi golongan ini 10 peratus dari 800,000 penduduk di Shah Alam,” katanya semalam.

[caption id="attachment_601316" align="aligncenter" width="752"] Datuk Bandar Shah Alam (MBSA) Dr Nor Fuad Abdul Hamid berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam pada 4 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15 di Pusat Konvensyen MBSA di sini, Dr Nor Fuad Abdul Hamid menjelaskan pihaknya dalam proses mengubah suai landskap bandar untuk penggunaan skuter elektrik.

Selain itu, beliau berkata dua stesen transit aliran ringan di laluan Persiaran Dato' Menteri dan Stadium Shah Alam yang bakal siap tahun depan meningkatkan capaian pengangkutan awam.

EASTS ke-15 anjuran MBSA yang bermula semalam disertai 700 peserta dari dalam dan luar negara antaranya termasuklan Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Sri Lanka dan Taiwan.

Berlangsung selama empat hari, persidangan berkenaan menumpukan isu dan hala tuju sektor pengangkutan selain mengenal pasti teknologi terkini yang digunakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619