AGENDA

Pekebun sayur rugi lebih RM100,000 sertai skim pelaburan tak wujud

3 Sep 2023, 1:00 PM
Pekebun sayur rugi lebih RM100,000 sertai skim pelaburan tak wujud

KUANTAN, 3 SEPT: Hasrat mendapatkan keuntungan segera membawa padah kepada seorang pekebun sayur di Cameron Highlands apabila kerugian RM108,344 selepas skim pelaburan saham disertainya tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa menyertai pelaburan berkenaan menerusi pautan aplikasi WeChat pada Rabu lalu.

"Pelaburan itu hanya memerlukan mangsa untuk membeli 'point' (mata) bagi mendapatkan keuntungan, menyebabkan dia tertarik dan terus menyertainya kerana dijanjikan pulangan lumayan.

"Mangsa akhirnya membuat tujuh transaksi pembayaran melalui pemindahan wang simpanan secara dalam talian ke empat akaun diberikan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa hanya sedar ditipu selepas tidak menerima keuntungan walaupun telah melabur dalam jumlah besar, menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan secara mudah, selain membuat semakan nombor akaun yang diterima menerusi pautan media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619