AGENDA

Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di jeram bersama adik beradik

2 Sep 2023, 5:00 AM
Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di jeram bersama adik beradik

KLUANG, 2 SEPT: Kegembiraan empat beradik mandi di jeram Ulu Benut, Simpang Renggam, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Ahmad Ehsan Nor Hisyamuddin, 11, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata ketika kejadian mangsa sempat menjerit meminta tolong namun gagal diselamatkan, lapor Berita Harian.

"Siasatan awal mendapati kakak mangsa, Nor Najihah, 18, bersama tiga adiknya pergi ke jeram itu untuk berkelah dan lima minit selepas tiba, mangsa yang sedang mandi menjerit meminta tolong, namun tidak dapat diselamatkan.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dua beradik lagi, Islah, 15; dan Ahmad Fahim, 8, selamat dalam kejadian itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619