AGENDA

KBS bantu murid kudung kaki minat sukan lari temu pakar prostetik

30 Ogos 2023, 12:00 PM
KBS bantu murid kudung kaki minat sukan lari temu pakar prostetik

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu seorang murid, Muhammad Aqil Naufal Zahiran yang tular baru-baru ini selepas beliau berusaha keras menamatkan larian 100 meter (m) di satu Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas dengan menggunakan tongkat.

Menyanjungi usaha murid 11 tahun itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memberi komitmen akan berusaha melakukan yang terbaik di pihak KBS untuk membantu Muhammad Aqil, termasuk dalam menyertai lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang.

Malah, menurutnya, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga Muhammad Aqil.

“Saya telah melihat usaha adik Muhammad Aqil menamatkan lariannya. Ini adalah mentaliti seorang juara. Tiada alasan untuk tidak bertanding. Tiada alasan untuk tidak bersaing dalam perlumbaannya dan beliau telah membuktikannya dan melakukan yang terbaik dengan keadaannya.

“Adik Muhammad Aqil mempunyai pemikiran seorang juara. Ini adalah mentaliti yang diperlukan, seperti yang diterapkan dalam inisiatif Road to Gold. Saya menghargai usaha dan menyanjungi adik Muhammad Aqil. katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang itu kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619