EXCO

Selangor, Yakeb bantu rawatan legenda sepak takraw negara

29 Ogos 2023, 2:38 PM
Selangor, Yakeb bantu rawatan legenda sepak takraw negara

KLANG, 29 OGOS: Kerajaan Selangor dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) terus aktif membantu bekas atlet negara dengan menghulurkan bantuan perubatan kepada legenda sepak takraw negara, Suhaimi Yusof bagi rawatan strok dan pendarahan otak.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Najwan Halimi berkata pihaknya dengan kerjasama Yakeb akan memberi bantuan dan sokongan sewajarnya bagi memastikan kebajikan Suhaimi, 55, sekeluarga terus terpelihara.

"Pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah serahkan pencen ilat dan peralatan sokongan untuk rawatan beliau, kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan kewangan berdasarkan keperluan rawatannya.

"Suhaimi berjasa kepada negara dengan menyumbangkan pingat emas di Sukan Asia Beijing 1990 dan kini berkhidmat sebagai penolong jurulatih pasukan sepak takraw negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan legenda bina badan negara, Datuk Malek Noor ke rumah pemain tersebut di sini hari ini.

Suhaimi yang merupakan sosok penting di belakang skuad takraw negara menghidapi penyakit tersebut sejak tiga bulan lepas sekembalinya dari Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Sementara itu, Noorul Ariffin berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membela nasib lebih 800 bekas atlet di Selangor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619