ADN

Wakil rakyat ikhtiar hulur bantuan segera permudah urusan 20 penjaja terjejas ribut

29 Ogos 2023, 7:24 AM
Wakil rakyat ikhtiar hulur bantuan segera permudah urusan 20 penjaja terjejas ribut
Wakil rakyat ikhtiar hulur bantuan segera permudah urusan 20 penjaja terjejas ribut

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 29 OGOS: Kesemua 20 penjaja di Pekaka Street Food Seksyen 8, Kota Damansara yang terjejas akibat ribut petang semalam akan diberi bantuan segera.

Wakil rakyat Kota Damansara Izuan Kassim berkata bantuan dalam bentuk kewangan itu bertujuan meringankan beban mereka untuk kembali memulakan perniagaan.

"Kerosakan setiap peniaga tidak sama dan saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk mendapatkan bantuan segera dengan segala maklumat mereka telah diuruskan pihak saya," katanya ketika dihuhungi.

Semalam, Izuan turun ke lokasi kejadian bagi meninjau tahao kerosakan selain berjumpa dengan peniaga terlibat.

"Alhamdulillah, tiada kecederaan yang teruk, cuma kerosakan teruk pada khemah serta peralatan perniagaan, insya-Allah bantuan segera akan diberikan dalam minggu ini juga," katanya.

[caption id="attachment_600351" align="aligncenter" width="757"] Hujan lebat disusuli ribut menjejaskan khemah dan peralatan niaga 20 penjaja di Pekaka Street Food, Seksyen 8, Kota Damansara pada 28 Ogos 2023. Foto Facebook Izuan Kassim[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619