PBT

Kes denggi terus menurun, MBPJ saran penduduk teruskan gotong-royong

28 Ogos 2023, 8:14 AM
Kes denggi terus menurun, MBPJ saran penduduk teruskan gotong-royong

PETALING JAYA, 28 OGOS: Kes denggi di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada minggu ke-33 menurun kepada 3,470 berbanding 3,581 kes pada minggu sebelumnya.

Datuk Bandarnya Mohamad Azhan Md Amir berkata penurunan sebanyak dua peratus atau 111 kes itu menunjukkan komitmen MBPJ dalam mengatasi masalah berkenaan.

"Jumlah lokaliti wabak adalah sebanyak 62 kawasan iaitu 46 terkawal dan lapan 'hotspot'. Sementara itu empat masing-masing lokaliti wabak tidak terkawal dan baharu dikesan.

"Lapan 'hotspot' dilaporkan ialah di PJU 9 SD 13 Paradesa Rustiqa Kondo, PJU 5 Seksyen 4 Gugusan Semarak, SS1 (Teres 5), SS2, PJS 6 Flat Desa Mentari 2 (BLOK 4, 5, 6, PJS 8 Mentari Court, PJU 1A Pasific Place dan PJS 2C APT Medan Cahaya 1 (BLOK A, B, C)," katanya pada mesyuarat bulanan di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk untuk terus melaksanakan program gotong-royong dengan lebih kerap supaya kes denggi terus menurun.

"Tiada kes kematian baharu dilaporkan dan saya menyeru kepada semua untuk terus berganding bahu dalam menangani kes ini

"Bagi pemimpin masyarakat, terus adakan program gotong-royong dengan membersihkan kawasan sekitar masing-masing secara kerap agar kes denggi ini terus menunjukkan prestasi menurun," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619