ADN

Hari Kemerdekaan: ADN Kota Anggerik agih lebih 1,000 Jalur Gemilang

28 Ogos 2023, 7:00 AM
Hari Kemerdekaan: ADN Kota Anggerik agih lebih 1,000 Jalur Gemilang
Hari Kemerdekaan: ADN Kota Anggerik agih lebih 1,000 Jalur Gemilang

SHAH ALAM, 28 OGOS: Lebih 1,000 Jalur Gemilang diagih sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik minggu lalu sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 pada Khamis ini.

Wakil rakyat Najwan Halimi berkata agihan dilakukan di beberapa kawasan tumpuan antaranya Pasar Moden Seksyen 6, Medan Selera Seksyen 2, Petronas Bukit Jelutong dan tapak niaga Taman Alam Budiman, dekat sini.

“Agihan dibuat secara berperingkat minggu lalu. Kita serahkan Jalur Gemilang yang menjadi bendera kebanggaan kepada peniaga serta orang awam.

[caption id="attachment_600183" align="alignleft" width="500"] Wakil rakyat Kota Anggerik Najwan Halimi mengagihkan Jalur Gemilang kepada peniaga di Taman Alam Budiman, Shah Alam pada 27 Ogos 2023. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]

“Inisiatif ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan. Kibaran Jalur Gemilang akan jadi bukti perpaduan rakyat berbilang kaum yang cintakan Malaysia,” katanya kepada Selangorkini.

Pada 30 Ogos, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bakal dianjurkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula 4.45 petang hingga 12 tengah malam.

Sambutan diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya selawat dan munajat dipimpin Habib Ali Zaenal Abidin, persembahan kebudayaan serta perarakan Anak Harapan Selangor dan perbarisan.

Turut diadakan kawad senyap, tarian Zeppo Youngsterz dan pertunjukan bunga api selain persembahan nyanyian artis terkenal Awie dan Ziana Zain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619