AGENSI

PPAS Klang anjur pertandingan pakaian beragam, e-poster dalam talian

28 Ogos 2023, 4:20 AM
PPAS Klang anjur pertandingan pakaian beragam, e-poster dalam talian
PPAS Klang anjur pertandingan pakaian beragam, e-poster dalam talian

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 OGOS: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Klang menganjurkan pertandingan pakaian beragam dan e-poster dalam talian sempena sambutan Hari Merdeka serta Hari Malaysia bermula 26 Ogos hingga 16 September ini.

Perbadanan itu di Facebook memaklumkan pertandingan pakaian beragam dibuka untuk murid prasekolah dan darjah satu hingga tiga sementara e-poster bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

"Bagi pertandingan pakaian beragam peserta perlu mengambil gambar dengan memakai pakaian bertemakan kemerdekaan serta muat naik gambar di inbox Facebook PPAS Klang beserta nama dan nombor telefon.

"Untuk pertandingan e-poster pula peserta perlu menghasilkan poster karya asli serta memuat naik di inbox Facebook PPAS Klang beserta nama dan nombor telefon," maklum perbadanan itu.

Hadiah berupa hamper akan diberikan kepada juara hingga ketiga sementara saguhati untuk tempat keempat hingga 10.

Maklumat lanjut boleh merujuk poster pertandingan atau menghubungi talian 03-3371 9429.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619