AGENSI

Peluang belia sertai kursus fesyen, penyaman udara di STDC, kemasukan September

28 Ogos 2023, 1:27 AM
Peluang belia sertai kursus fesyen, penyaman udara di STDC, kemasukan September
Peluang belia sertai kursus fesyen, penyaman udara di STDC, kemasukan September

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) mempelawa anak Selangor berusia antara 16 hingga 30 tahun melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal di institusi itu.

Menerusi maklumat di Facebook, STDC menawarkan kursus penyaman udara tahap tiga bagi pengambilan sesi September bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi.

Insititusi itu turut menawarkan tempat bagi pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus rekaan fesyen tahap dua dengan penajaan daripada Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Permohonan kemasukan pelajar untuk sesi September 2023 masih dibuka. Jom belajar kemahiran di STDC,” menurut institusi berkenaan.

Sebarang pertanyaan hubungi 03-3281 2621, 019-342 4111, 011-575 35792 atau mendaftar menerusi pautan https://forms.gle/eZChSRUS5gjpxFjAA.

STDC adalah institusi pendidikan teknikal bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran berkualiti dan berdampak tinggi ke arah revolusi industri 4.0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619