ADN

Jualan murah di Bukit Antarabangsa, lebih 500 ekor ayam habis dalam dua jam

27 Ogos 2023, 7:01 AM
Jualan murah di Bukit Antarabangsa, lebih 500 ekor ayam habis dalam dua jam
Jualan murah di Bukit Antarabangsa, lebih 500 ekor ayam habis dalam dua jam
Jualan murah di Bukit Antarabangsa, lebih 500 ekor ayam habis dalam dua jam

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 27 OGOS: Lebih 500 ekor ayam habis dijual dalam masa dua jam pada program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, di sini, hari ini.

Pengerusi Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Melayu Ampang berkata pihaknya merancang untuk menganjurkan JER seblan sekali susulan sambutan yang menggalakkan.

"Alhamdulillah, sasaran kita 300 ke 400 pengunjung dan pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) juga turut menjual pelbagai barangan kering seperti Sardin, Tomato dan Tepung, jadi, penduduk dapat berjimat lebih banyak.

"Kita harap dapat anjur lebih kerap, mungkin sebulan sekali dan dapat buat pada hujung minggu cuma kita akan melihat kepada tempahan slot daripada PKPS," kata Daing Muhammad Najib Bachok.

[caption id="attachment_600055" align="aligncenter" width="701"] Pengerusi Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Melayu Ampang Daing Muhammad Najib Bachok pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Pada program di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung itu, lebih 250 nombor giliran habis diagih seawal jam 9 pagi dan tamat lebih awal pada jam 12 tengah hari selepas hampir kesemua barang habis dijual.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat ini, JER sudah dianjurkan di 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

[caption id="attachment_600054" align="aligncenter" width="701"] Orang ramai yang hadir pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619