AGENDA

Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara mara ke separuh akhir kejohanan dunia

26 Ogos 2023, 2:30 AM
Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara mara ke separuh akhir kejohanan dunia

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Juara bertahan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark.

Beregu lelaki utama negara yang berada pada ranking keempat dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China untuk mengesahkan kemenangan 21-10, 15-21 dan 21-14, dalam perlawanan 50 minit yang berlangsung di Royal Arena awal pagi Sabtu.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu akhirnya berjaya membalas dendam ke atas Yu Chen-Xuan Yi selepas pernah ditewaskan sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada Terbuka Indonesia 2022, Jelajah Dunia 2022 dan Terbuka Malaysia 2023.

Pada aksi separuh akhir petang nanti, Aaron-Wooi Yik akan melakukan perhitungan dengan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, selepas mereka menunjukkan jalan keluar kepada gandingan berpengalaman Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, 21-19 dan 21-17.

Pada Jumaat, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah terkandas pada pusingan suku akhir selepas tunduk kepada pasangan China Zhang Shu Xian-Zheng Yu, 17-21, 21-17 dan 21-19.

Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula ditewaskan pemenang pingat perak edisi lepas Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, 11-21 dan 11-21.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619