EXCO

Najwan tumpu bangun usahawan melalui ekonomi kreatif

25 Ogos 2023, 10:59 AM
Najwan tumpu bangun usahawan melalui ekonomi kreatif

SHAH ALAM, 25 OGOS: Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan untuk membangunkan usahawan negeri menerusi ekonomi kreatif supaya ia lebih mampan dan berdaya maju.

EXCO Usahawan berkata sektor berkenaan amat penting untuk menyediakan peluang, inovasi dan pemerkasaan usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Setelah dilantik antara salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) utama saya bawah portfolio usahawan ialah pembangunan ekonomi kreatif yang mengikut peredaran zaman.

“Perniagaan usahawan tidak lagi bergantung sepenuh konsep konvesional seperti keperluan premis, kedai tetapi beralih ke digitalisasi di mana berniaga atas talian dari rumah boleh jana pendapatan yang akan diberi penekanan oleh saya,” kata Najwan Halimi pada majlis serah tugas semalam.

Beliau menambah pihaknya merancang untuk mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh dan agensi negeri dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan pandangan bagi memperkasakan usahawan negeri.

“Ia penting untuk kita kenal pasti isu-isu berbangkit yang belum diselesaikan pentadbiran yang lepas dan keperluan mendesak di kalangan usahawan.

“Melalui ini kita boleh kenal pasti perancangan pembangunan usahawan ini dan teroka pontesi baru di mana akan diumumkan sebelum sesi pembentangan Belanjawan tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, mantan EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail hadir pada majlis serah tugas kepada Najwan yang dilantik sebagai EXCO Pemberdayaan Usahawan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Rodziah sebelum ini memegang jawatan EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri dari 2020 hingga 2023 manakala Najwan Halimi memulakan tugas sebagai EXCO Pemberdayaan Usahawan di bawah Unit Perancangan Ekonomi.

Beliau juga berharap Najwan dapat meneruskan pembangunan usahawan negeri melalui Pelan Tindakan Strategik Pembangunan Usahawan Mikro Negeri Selangor 2022-2026 serta mengwujudkan Perbadanan Usahawan peringkat negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619