AGENDA

Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi 31 Ogos

23 Ogos 2023, 9:45 AM
Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi 31 Ogos

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan 50 bas perantara percuma disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang.

Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619