ADN

EXCO jawab wakil rakyat, sesiapapun harus ikut peraturan (VIDEO)

22 Ogos 2023, 5:59 AM
EXCO jawab wakil rakyat, sesiapapun harus ikut peraturan (VIDEO)

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 OGOS: EXCO Kerajaan Negeri Ng Sze Han menasihatkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan agar tidak melanggar peraturan lalu lintas walaupun beliau seorang wakil rakyat.

Dalam kenyataan di Facebook, beliau meminta Dr. Afif Bahardin mengenali lokaliti di kawasan sendiri dan tidak mencari alasan setelah kenderaannya disaman di kawasan pasar besar Jalan Othman, Petaling Jaya Ahad lalu.

"Dr Afif buat hantaran TikTok semalam maklumkan kawasan di pasar besar Jalan Othman tidak banyak tempat letak kereta dan kenderaannya telah disaman ketika kunjungannya di situ.

[embed]https://twitter.com/ngszehan/status/1693781771966673033?s=48[/embed]

"Saya ingin jelaskan Jalan Othman kawasan yang sangat sibuk dan kenderaan. Dr Afif disaman Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) kerana menghalang lalu lintas.

"Saya juga telah buat semakan kawasan tersebut banyak tempat letak kenderaan lain iaitu di kompleks letak kenderaan yang terletak berdekatan pasar dan mempunyai 169 petak parkir," jelas ADN Bandar Kinrara itu.

Sze Han turut membuat hantaran video berdurasi 1 minit 29 saat hari ini bagi menjawab hantaran TikTok wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu.

Sehubungan itu Sze Han menasihatkan Dr Afif agar meletak kenderaannya di kompleks letak kereta tersebut sekiranya datang lagi ke pasar besar Jalan Othman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619