AGENDA

Amirudin angkat sumpah Dato' Menteri Besar penggal kedua

21 Ogos 2023, 3:35 AM
Amirudin angkat sumpah Dato' Menteri Besar penggal kedua
Amirudin angkat sumpah Dato' Menteri Besar penggal kedua

KLANG, 21 OGOS: Ahli Dewan Negeri Sungai Tua Dato’ Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan Dato' Menteri Besar buat penggal kedua di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor penggal ke-17 dilakukan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bermula jam 11.22 pagi.

Amirudin, 43, turut menandatangani surat pelantikan serta melafazkan ikrar Aku Janji merangkumi beberapa perkara yang perlu dipenuhi dan dipatuhi sepanjang memegang jawatan tersebut.

Istiadat turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_598980" align="alignnone" width="787"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua Dato' Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan Dato' Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 21 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri dilantik semula jawatan itu selepas HARAPAN dan Barisan Nasional memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Pada PRN itu, beliau mempertahankan kerusi Sungai Tua yang disandang sejak 2008 selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin dan G Suman (Bebas).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619