PBT

100 penduduk sertai dialog penyelenggaraan cerun bersama MPAJ, Ikram

20 Ogos 2023, 1:30 PM
100 penduduk sertai dialog penyelenggaraan cerun bersama MPAJ, Ikram
100 penduduk sertai dialog penyelenggaraan cerun bersama MPAJ, Ikram

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kira-kira 100 penduduk sekitar Ampang Jaya menyertai dialog penyelenggaraan cerun di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Bukit Mulia, Ampang semalam.

Sesi dialog selama tiga jam bermula 9.30 pagi itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Slopewatch dengan kerjasama MPAJ dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Dalam sesi tersebut penduduk diberi penerangan oleh Pengarah Kejuruteraan MPAJ Ir Zafrul Fazry Mohd Fauzi mengenai penyelenggaraan cerun di bawah MPAJ sementara Ketua Pegawai Eksekutif Ikram Dato' Mohd Taufik Harun pula berkongsi pengalaman mengenai penyelenggaraan cerun.

[caption id="attachment_598896" align="aligncenter" width="810"] Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Ampang Jaya Ir Zafrul Fazry Mohd Fauzi memberi penerangan dalam Sesi Dialog Bersama Komuniti di Dewan MPAJ Taman Bukit Mulia, Ampang pada 19 Ogos 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

Penduduk turut berpeluang menyertai sesi soal jawab bersama Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad dan pihak berkaitan termasuk pemimpin tempatan mengenai isu dan masalah berkaitan penyelenggaraan cerun dan tanah tinggi.

Turut hadir Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Antarabangsa Kamri Kamarudin dan ADN Lembah Jaya Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman.

Sementara itu Setiausaha MPAJ yang turut menyertai sesi tersebut meminta orang ramai mendapatkan salinan Buku Panduan Cerun Untuk Orang Awam secara percuma melalui pautan

https://www.mpaj.gov.my/sites/default/files/booklet_cerun_dwibahasa.pdf.

"Buku dwibahasa ini dihasilkan MPAJ dengan kerjasama persatuan penduduk dan Jabatan Kerja Raya Malaysia.

"Penghasilan buku ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko bahaya tanah tinggi serta memahami bagaimana kaedah untuk menyelenggara cerun," katanya ketika dihubungi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619