ad
AGENDA

Negeri hasrat kerjasama dengan badan uniform di sekolah anjur program sukarelawan

19 Ogos 2023, 10:00 AM
Negeri hasrat kerjasama dengan badan uniform di sekolah anjur program sukarelawan
Negeri hasrat kerjasama dengan badan uniform di sekolah anjur program sukarelawan
Negeri hasrat kerjasama dengan badan uniform di sekolah anjur program sukarelawan

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 19 OGOS : Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan sekolah dan badan beruniform untuk menjalankan aktiviti sukarelawan melalui program Think Selangor.

Dato' Menteri Besar berkata program itu bertujuan mengalakkan dan menambah bilangan sukarelawan di negeri ini termasuk ketika mendepani bencana.

[caption id="attachment_598713" align="aligncenter" width="758"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Gotong Royong MPKK Sungai Tua bersama Pandu puteri di Kampung Sungai Tua Baru, Gombak pada 19 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Negeri perlukan lebih banyak sukarelawan, mereka ini sebenarnya menjadi inti penting kepada keharmonian dalam kehidupan masyarakat.

"Pada masa akan datang kita akan bekerjasama dengan sekolah dan badan beruniform seperti Kadet Tentera, Kadet Polis, Pandu Puteri, Pengakap dan lain-lain lagi untuk jalankan program yang memang telah ada dalam Kerajaan Negeri iaitu Think Selangor," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_598646" align="aligncenter" width="788"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama Pandu puteri tunas Daerah Gombak mengibarkan bendera sambil menyayikan lagu Jalur Gemilang ketika Program Gotong Royong MPKK Sungai Tua bersama Pandu puteri di Kampung Sungai Tua Baru, Gombak pada 19 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Berucap dalam program kemasyarakatan Pasukan Pandu Puteri Tunas Daerah Gombak di Dewan MPKK Kampung Sungai Tua Baharu hari ini, Amirudin berkata kerja-kerja sukarelawan banyak membantu kemerdekaan di negara ini.

"Apabila seseorang itu sanggup berkorban melakukan sesuatu yang bukan tugas hakikinya itulah (semangat) yang membawa kemerdekaan kepada negara kita.

"Tanpa mereka yang berkorban tak mungkin kita dapat mengecapi kemerdekaan. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan," tambahnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.