AGENDA

PRK: Naib pengerusi Amanah Johor diumum calon Parlimen Pulai

19 Ogos 2023, 2:52 AM
PRK: Naib pengerusi Amanah Johor diumum calon Parlimen Pulai

OLEH YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 19 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) menamakan Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September ini.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jawatankuasa pemilihan calon juga memutuskan Timbalan Ketua Kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

“Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram telah bermesyuarat dan mengemukakan senarai calon kepada saya serta Ahli Jawatankuasa Nasional Amanah pada 17 Ogos 2023 untuk dimuktamadkan.

“Setelah mengambil kira semua faktor dan pandangan daripada Jawatankuasa ini, kedua-dua calon ini akan bertanding mewakili Amanah/Pakatan Harapan serta parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian Salahuddin yang merupakan penyandang kerusi itu pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619