ADN

MB sarapan, beramah mesra dengan orang ramai di pasar Selayang Baru

19 Ogos 2023, 2:35 AM
MB sarapan, beramah mesra dengan orang ramai di pasar Selayang Baru
MB sarapan, beramah mesra dengan orang ramai di pasar Selayang Baru
MB sarapan, beramah mesra dengan orang ramai di pasar Selayang Baru

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 19 OGOS: Dato’ Menteri Besar beramah mesra dengan orang ramai dan bersarapan di medan selera tingkat 1, Pasar Pagi Selayang Baru pagi ini.

Dato' Seri Amirudin Shari yang tiba kira-kira 9.10 pagi diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Dato' Mohd Yazid Sairi, Setiausaha Politik Kawasan Dato' Menteri Besar Rahim Kasdi.

[caption id="attachment_598597" align="aligncenter" width="598"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan pengunjung di Pasar Awam Selayang Baru, Gombak pada 19 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Ahli Parlimen Gombak itu kemudian menikmati apam tepung beras dicicah santan dan teh tarik bersama Mohd Yazid serta beberapa penduduk.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira 50 minit di pasar pagi tersebut turut memenuhi permintaan orang ramai yang ingin berswafoto bersamanya.

[caption id="attachment_598599" align="aligncenter" width="577"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah-mesra dengan peniaga di Pasar Awam Selayang Baru, Gombak pada 19 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau sempat membeli ayam kampung dan ikan kembung ketika melawat peniaga pasar di tingkat bawah.

Sementara itu pemilik kedai makanan selera S. Nedumaran memberitahu apam tepung beras memang sarapan kegemaran Amirudin.

"Bila datang ke pasar pagi Dato' Seri mesti pesan apam untuk sarapan," katanya yang berbesar hati kerana sajiannya menjadi pilihan Dato' Menteri Besar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619