AGENSI

Tourism Selangor: Diskaun sehingga 50 peratus di Matta Fair 2023

18 Ogos 2023, 9:38 AM
Tourism Selangor: Diskaun sehingga 50 peratus di Matta Fair 2023

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 17 OGOS: Tourism Selangor menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pengunjung Selangor Pavalion @Matta Fair 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) dari 1 hingga 3 September ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata 21 operator yang menyertai pameran itu menawarkan pelbagai destinasi untuk dilawati di Selangor seperti taman tema, pelancongan pengembaraan, pelancongan eko dan pelbagai lagi.

"Istimewanya kali ini, Tourism Selangor akan membawakan pengalaman pelancongan maya dengan menggunakan teknologi VR 360.

"Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM5,000 ketika acara ini berlangsung dengan menyertai cabaran TikTok," kata Azrul Shah Mohamad.

Menurutnya turut diadakan ialah Fiesta Pusing Selangor Dulu pada 2 dan 3 September dengan pelbagai persembahan seperti bah bola, kebudayaan, demonstrasi lompatan trampolin oleh bekas atlet terjun negara Ahmad Amsyar Azman serta pelbagai lagi.

"Pengunjung juga berpeluang bertemu dengan Che Puan Juliana Evans, duta pelancongan Kempen Pusing Selangor Dulu serta usahawan kecantikan bonda Rozita pada 2 September," katanya.

Beberapa tarikan lain turut diadakan seperti trak Safari, replika struktur kapal Amazonia Splash Mania, demonstrasi coklat, rawatan spa dan pelancaran Bas Hop On Hop Off Selangor.

"Tourism Selangor juga menyasarkan 70,000 pengunjung dengan jumlah jualan RM165,000 untuk edisi kedua Matta Fair 2023 ini," katanya.

Edisi pertama Matta Fair 2023 diadakan di Mitec pada Mac lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619