AGENDA

Istana: Istiadat angkat sumpah MB, EXCO Selangor pada 21 Ogos

18 Ogos 2023, 9:26 AM
Istana: Istiadat angkat sumpah MB, EXCO Selangor pada 21 Ogos

SHAH ALAM, 18 OGOS: Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO Selangor dijadual berlangsung Isnin depan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan melangsungkan istiadat berkenaan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

"Adalah dimaklumkan bahawa, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor diadakan pada hari Isnin bersamaan 21 Ogos di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 11 pagi.

"Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada 21 Ogos di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada jam 2 petang," menurut kenyataan Istana Selangor di Facebook hari ini.

Dalam pilihan raya negeri 12 Ogos lalu, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional negeri berjaya mengekalkan pentadbiran dengan memenangi 34 daripada 56 kerusi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619